Asal dan pengaruh LDAP

Syarikat telekomunikasi memperkenalkan konsep perkhidmatan direktori kepada teknologi maklumat dan rangkaian komputer, kerana pemahaman mereka bagi keperluan direktori adalah jelas berkembang selepas 70 tahun menghasil dan mengurus direktori telefon. Kemuncak input ini adalah spesifikasi lengkap X.500[2], a suite of protocols produced by the International Telecommunication Union (ITU) in the 1980s.

Perkhidmatan direktori X.500 secara tradisi dicapai melalui Protokol Capaian Direktori ("Directory Access Protocol-DAP)") X.500, yang memerlukan timbunan protokol Antara sambungan Sistem Terbuka ("Open Systems Interconnection-OSI"). LDAP pada asalnya bermaksud sebagai protokol pilihan lain ringan bagi mencapai perkhidmatan direktori X.500 melalui timbunan protokol TCP/IP yang lebih mudah (dan kini tersebar luas). Model capaian direktori ini dipinjam dari protokol DIXIE dan Perkhidmatan Bantuan Direktori ("Directory Assistance Service").

Pelayan direktori LDAP bebas kemudian mengekori, begitu juga pelayan direktori menyokong kedua-dua DAP dan LDAP. Yang beriku menjadi popular dalam enterprise, kerana LDAP menyingkir sebarang keperluan bagi melaksanakan jaringan OSI. Kini, protokol direktori X.500 termasuk DAP juga boleh digunakan secara langsung melalui TCP/IP.

Protokol ini pada asalnya dicipta oleh Tim Howes dari Universiti Michigan, Steve Kille dari Isode Limited, dan Wengyik Yeong dari PSINet - Performance Systems International, sekitar 1993. Pembangunan lanjut datangnya dari Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet.

Pada tahap kejuruteraan awalLDAP, ia dikenali sebagai Lightweight Directory Browsing Protocol, atau LDBP. Ia dinamakan semula dengan tambahan skop protokol melebihi melayari direktori dan pencarian, untuk memasukkan fungsi kemas kini direktori. Ia diberikan nama Ringan kerana ia tidak sibuk rangkaian sebagaimana DAP sebelumnya dan dengan itu lebih mudah dilaksanakan melalui internet kerana penggunaan jalur lebarnya yang ringan.

LDAP telah mempengaruhi protokol Internet berikutnya, termasuk versi berikut X.500, "XML Enabled Directory" (XED), "Directory Service Markup Language" (DSML), "Service Provisioning Markup Language" (SPML), dan Protokol Lokasi Perkhidmatan ("Service Location Protocol-SLP").

Rujukan

WikiPedia: LDAP http://capitalhead.com/articles/troubleshooting-ld... http://www.devshed.com/c/a/Administration/Understa... http://www.prasannatech.com/ldapdesign.html http://linuxwiki.riverworth.com/index.php?title=LD... http://oss.segetech.com/linux-ldap-configuration.h... http://www.bekatul.info/node/24 http://www2.computer.org/portal/web/csdl/doi/10.11... http://www.iana.org/assignments/sasl-mechanisms http://www.tldp.org/HOWTO/LDAP-HOWTO/ http://www.skills-1st.co.uk/papers/ldap-schema-des...